Kelam Kabut + Menggelabah = Demam


Assalamualaikum

Hey bloggers, readers and friends. Semalam Jumaat kan ? kan kan ? So, semalam banyak open house. Semua buat lepas solat jumaat. Susah nak buat plan apa apa. Ada laa juga dalam 6 buah rumah. Malam pulak ada 2 rumah. Susah nak planing dengan kawan kawan. Before solat jumaat ada laa juga contact kawan kawan, nak call tapi kredit kritikal. So, text jela diorang, tapi semua macam mayat. Duk senyap tak reply apa apa text. Sorang pun tak peduli, bila jumpe alasan tak ada kredit. Tapi text girlfriend boleh pulak, nanti bila susah carik kawan, girlfriend tak mampu nak tolong, baru tuh laa duk merayu -_-' After solat, terus tak fikir apa dah. Terus tuka baju cepat cepat keluar. Masa keluar dari rumah tuh cuaca panas terik sangat. Macam agak petang tuh hujan lebat sangat. Tanpa saing dengan kawan kawan, pergi laa open house sorang sorang. Pun tak apa, baru lah gentle. Hahaha. Konon -_-' Mana kawan kawan ? Saya mana ada kawan yang tolong kawan. Kawan makan kawan ada laa. Haaa, dah topik lain nih. Firstly pergi rumah Aina Kamilia dulu. Mama dia masak laa rendang ayam. Sedapp tuh, sebab rasa dia ada rendang kampung sikit. Before balik dari rumah dia, haa, nak cite nih. Haha, before balik tu, nak hantar cawan dekat dapur dia. Masa tuh tangan berminyak nyee, terlepas pulakk cawan dia -_-' prannnggg ! Habis pecah, suddenly muka mama dia terkejut and berubah. Haaaaaa, mama, saya mintak maaf :( Berubah sebab terkejut, maybe :/ Then terus pergi rumah Lyana Afiqah. Classmate buat open house. Masa tuh hujan dah rintik rintik. Dekat situ baru jumpe kawan kawan kelas semua. Masa tu laa baru nak buat plan. Takpe, still sempat lagi kot. Lagipun kejar masa, setiap rumah lepas makan terus pergi rumah yang lain pulak. Lepas rumah Lyana, rumah Fatanah pulak. Hujan dah makin lebat sikit, and Adi naik kereta relax terus. Tak kene basah pun kan Jazzman Adiputra ?! Best kan tengok aku bawak motor sampai basah kuyup. Dari rumah Lyana terus semua plan pulak pergi rumah Hasanah. Furqan, Fakhrul semua menghilang kemana tah. Adi pulak balik rumah terus sebab cousin dia datang. Tinggal laa bertiga dengan Luqman Izact and Husni. Hujan makin lebat and guruh semua petir bagai laa. Dalam kesejukan macam tuh laa. Masa nih still dekat fasa 1. Hujan dah reda, semua nak gerak. Masa on the way nak pergi raya fasa 3, masa tuh pulak hujan lebat sangat -_-' terus balik rumah tuka baju. Tak sempat nak beraya. Lepas solat asar dekat rumah tuh, baring laa kejap sementara hujan dah nak reda kan kepala dah start pening pening. Masa tuh parents tak ada dekat rumah, so tinggal sorang sorang. Makan laa ubat selsema, ubat pening kepala. Last last tertidur atas sofa. Nasib bek terjaga masa azan magrib, perghhh, tengkuk sakit. Masa tuh badan dah panas macam baru lepas keluar dari ketuhar. Hah ?! Haha. Yes, demam rupanya malam semalam. Sorry sangat sangat Pyka Zainal and Juliana Othman. Tak dapat hadir kan diri semalam :( So, sedih sangat. Sekarang beransur pulih. InsyaAllah, open house hari nih boleh pergi :)

No comments:

Post a Comment